FAQ

Apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh Gardenia?
Gardenia mengeluarkan pelbagai rangkaian produk yang lazat dan berkualiti. Rangkaian produk-produk kami terdiri daripada roti putih, roti mil dan mil penuh, variasi roti istimewa, ban, roti berinti krim, kek, wafel, wrap, lepa dan juga mee kuning.
Di mana boleh saya dapatkan produk-produk Gardenia?
Produk-produk Gardenia boleh didapatkan di pasaraya, pasaraya besar, kebanyakan kedai serbaneka, kedai stesen minyak, kedai pembekal dan juga di kedai runcit.
Adakah produk-produk Gardenia disahkan HALAL?
Ya, semestinya. Semua produk Gardenia telah disahkan HALAL oleh JAKIM/JAIS/JAINJ. Pemeriksaan oleh pegawai dari JAKIM/JAIS/JAINJ kerap dilakukan untuk menyelia dan memastikan keseluruhan operasi kami mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka.
Adakah Gardenia mengeluarkan produk-produk bebas gluten?
Kami tidak mengeluarkan produk bebas gluten. Gluten yang didapati dalam produk-produk kami adalah gluten yang terhasil daripada gandum.
Adakah produk-produk Gardenia mengandungi kekacang?
Beberapa jenis produk Gardenia mengandungi kacang, seperti Twiggies Peanut Butter Bounce, Muffin Supreme Chunky Chocolate & Walnut, Muffin Supreme Banana & Walnut dan Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread.
Adakah produk-produk Gardenia sesuai untuk Vegetarian?
Beberapa jenis produk Gardenia mengandungi telur dan bawang putih. Contohnya Delicia Toaster Waffles Fresh Egg Vanilla dan Roll-Up Wraps Garlic. Kami syorkan anda meneliti senarai bahan-bahan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
Adakah produk-produk Gardenia sesuai untuk vegan?
Beberapa jenis produk Gardenia mengandungi telur. Contohnya Delicia Toaster Waffles Fresh Egg Vanilla. Kami syorkan anda meneliti senarai bahan-bahan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
Bagaimana saya boleh membeli produk-produk Gardenia secara pukal atau untuk acara-acara khas?
Terima kasih kerana berminat untuk membeli produk-produk Gardenia. Anda boleh hubungi Jabatan Jualan kami di talian 03-5161 3228 untuk bantuan lanjut, atau hantarkan emel kepada sales@gardenia.com.my
Saya ingin menjual produk-produk Gardenia di kedai saya.
Terima kasih kerana berminat untuk membeli produk-produk Gardenia. Anda boleh hubungi Jabatan Jualan kami di talian 03-5161 3228 untuk bantuan lanjut, atau hantarkan emel kepada sales@gardenia.com.my
Adakah terdapat sebarang jawatan kosong atau latihan praktikal di Gardenia?
Sila emel resume anda kepada recruitment@gardenia.com.my
Adakah Gardenia membenarkan lawatan ke kilang?
Ya. Gardenia membuka kilang untuk lawatan sejak tahun 1991. Anda boleh hubungi talian +6(03)-5191 6130 sambungan 128, 130, atau 131 untuk bantuan lanjut.
Saya ingin memohon tajaan produk.
Saya ingin berkongsi maklum balas mengenai Gardenia.
Kami mengalu-alukan maklum balas anda. Sila emel kepada customer_service@gardenia.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-3228.
Saya ada aduan/maklum balas tentang produk-produk Gardenia.
Kami mengalu-alukan maklum balas anda. Sila hubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-3228.
Atau hantarkan emel kepada:
Produk : wecare@gardenia.com.my
Jualan : sales@gardenia.com.my
Saya ada cadangan untuk produk/varian baru.
Kami mengalu-alukan maklum balas anda. Sila emel kepada customer_service@gardenia.com.my
Bolehkah saya beli produk-produk Gardenia di atas talian?
Ya, anda boleh membeli produk-produk kami melalui aplikasi Pandamart di https://www.foodpanda.my/
Adakah Gardenia sedang menganjurkan sebarang kuiz atau peraduan sekarang?
Untuk maklumat terkini tentang promosi dan peraduan, anda boleh lawati laman media sosial kami seperti berikut:
Gardenia Facebook
Gardenia Instagram
PUAZZ! Gardenia Facebook
PUAZZ! Gardenia Instagram
QuickBites Gardenia Facebook
QuickBites Gardenia Instagram
NuMee Gardenia Facebook
NuMee Gardenia Instagram