Ditubuhkan pada tahun 1986, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia KL) adalah sebuah usahasama antara QAF Limited, iaitu sebuah syarikat kumpulan makanan tersenarai di Singapura yang juga mengusahakan Gardenia Singapura, Gardenia Filipina, dan Padiberas Nasional Berhad Malaysia.
Kilang kami beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu bagi memastikan para pengguna dapat menikmati produk-produk Gardenia yang segar setiap hari.
PERKHIDMATAN KAMI
Gardenia ialah pengeluar roti terkemuka di Asia Tenggara. Kami mengendalikan kilang roti di Malaysia dan menghasilkan 53 jenis produk setiap hari, termasuk pelbagai jenis roti, ban, gulung, kek, wafel, balutan dan produk lain seperti sapuan dan mi kuning.